SITC Naiktaraf Perkhidmatan Laluan Perkapalan Terus Teluk Beibu-Borneo Malaysia

2023-07-11 14:24:45  CRI
Share with:

Syarikat perkapalan China, SITC International Holdings Bhd baru-baru ini memaklumkan tentang penambahan laluan perkapalan dari pelabuhan Teluk Beibu di Guangxi ke bandar Ho Chi Minh, Vietnam dan wilayah Borneo Malaysia.

Difahamkan, SITC telah mengagihkan empat kapal dalam perkhidmatan laluan perkapalan baharu itu dengan kekerapan pelayaran sebanyak sekali seminggu.

Kawasan pelabuhan yang terlibat bagi perhentian kapal berkenaan adalah pelabuhan Haifang dan Qinzhou China, Ho Chi Minh Vietnam, serta Kuching, Bintulu dan Kota Kinabalu Malaysia.

Dengan kemudahan perkhidmatan laluan perkapalan terus itu, barangan yang dieksport dari pelabuhan Teluk Beibu ke pelabuhan di wilayah Borneo Malaysia akan hanya memakan masa selama enam hari.

Manakala, bagi perjalanan antara Ho Chi Minh dan pelabuhan Teluk Beibu pula hanya akan mengambil masa tiga hari.

Dengan kadar kepantasan tempoh perjalanan tersebut, ia kini menjadi laluan perkapalan terus yang tercepat antara kedua-dua pelabuhan itu, sekali gus menyediakan laluan logistik maritim yang lebih jimat, cekap dan mudah untuk pengeksportan buah-buahan Vietnam ke China.