Galang Pembinaan Lebuh Raya Runtuh, Dua Maut
2023-07-11 13:24:38 CRI
Sekurang-kurangnya dua maut, manakala tujuh lagi cedera, antaranya tiga parah, dalam insiden galang pembinaan lebuh raya runtuh di Bangkok pada petang Isnin.
Dalam insiden itu, sekurang-kurangnya sebuah kereta ditimpa galang runtuh itu, dan dua lagi kereta terjejas.
Menurut anggota penyelamat, galang yang runtuh itu sepanjang kira-kira 400 meter. Sebuah bangunan komersial di sekitar tempat kejadian rosak teruk dan kemungkinan besar ada mangsa terperangkap dalam runtuhan.
Setakat ini, kerja mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan.