Mengapa Barat 'Lega Hati' Pelepasan Air Radioaktif Jepun?

2023-07-11 13:09:38  CRI
Share with:

Suara bantahan dari negara-negara kepulauan di Pasifik, Filipina, Indonesia, Afrika Selatan, Peru, China, Korea Selatan dan lain-lain masih kedengaran lantang berikutan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengumumkan laporan penilaian mengenai pelepasan air radioaktif Fukushima ke laut hampir seminggu lalu. Berbanding suara bantahan itu, ahli politik di negara-negara Barat  berdiam diri mengenai kontroversi rancangan pelepasan Jepun.

Hasil penyelidikan mendapati bahawa air radioaktif dari loji Fukushima mengandungi lebih daripada 60 jenis radionuklid. Pihak Jepun pula mengakui bahawa kira-kira 70 peratus air sisa yang dirawat dengan menggunakan teknologi ALPS tidak memenuhi piawaian pelepasan. Oleh itu, mengapa sesetengah negara Barat begitu 'lega hati' terhadap pelepasan air radioaktif itu? Sebabnya adalah berkaitan dengan 'sejarah hitam' mereka sendiri serta kepentingan peribadi.

Ambil Amerika Syarikat (AS) sebagai contoh. Menurut Los Angeles Times,  AS menjalankan sebanyak 67 kali ujian nuklear di Kepulauan Marshall pada tahun 1940-an dan 1950-an. Di samping itu, AS memindahkan lebih daripada 130 tan tanah tercemar nuklear dari tapak ujian nuklear Nevada untuk dibuang di kepulauan Marshall.

Dalam pada itu, AS turut mengambil keselamatan nuklear untuk pertukaran kepentingan. Selepas kemalangan nuklear Fukushima berlaku pada 2011, Jepun dan AS mencapai perjanjian kerjasama mengenai pengendalian bersama kemalangan nuklear dan pembinaan semula pasca bencana. Kedua-dua pihak mengambil kemalangan nuklear itu sebagai 'peluang' untuk merapatkan hubungan sekutu, iaitu Jepun memanfaatkan kuasa AS untuk memperoleh sokongan masyarakat antarabangsa dalam pelepasan air sisa ke laut dan AS mengambil peluang untuk memperkukuh hegemoni ketenteraannya di Jepun dan meningkatkan penguasaannya ke atas Jepun hingga mewujudkan apa yang disebut "menang-menang". Namun kedua-dua negara itu tidak mempedulikan apa kerugian negara lain untuk menangani program pelepasan air kumbahan Jepun.

Lautan Pasifik ialah tempat hidup bagi seluruh umat manusia, ia bukan tapak ujian nuklear atau tawar-menawar permainan geopolitik sesetengah negara. Kerajaan Jepun sepatutnya mendengar seruan semua pihak yang adil, menghentikan segera rancangan untuk melepaskan air radioaktif ke laut, dan negara Barat yang berdiam diri jangan menjadi rakan sejenayah kepada rancangan ini.