Usah Burukkan Situasi di Semenanjung Korea

2023-07-12 14:12:21  CRI
Share with:

Pihak-pihak berkaitan diharap agar memandang pokok isu Semenanjung Korea, terus berusaha untuk menyelesaikan masalah melalui saluran politik, dan mengekalkan keamanan dan kestabilan di semenanjung itu.

Demikian dikatakan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media semalam.

Menurut laporan, Timbalan Pengerusi Pertama Jawatankuasa Pusat Parti Buruh Korea, Kim Yo-jong mendakwa bahawa pesawat pengintip strategik tentera udara Amerika Syarikat (AS) menceroboh ruang udara perairan ekonomi Korea Utara. Beliau turut memberi amaran bahawa negaranya akan mengambil tindakan ketenteraan sekiranya AS berbuat demikian lagi.

Wang Wenbin mengulas bahawa pihak-pihak berkaitan menghantar senjata strategik untuk operasi ketenteraan di Semenanjung Korea baru-baru ini. Sama ada ini akan membantu bagi penyambungan semula dialog, atau ia hanya akan memburukkan konflik dan meningkatkan situasi tegang? Realiti sudah memberikan jawapan.

"China komited untuk membawa pelbagai pihak berkaitan ke meja rundingan, dan menggalakkan mereka menyelesaikan keprihatinan masing-masing secara seimbang.

Beliau mengingatkan pihak berkaitan agar menunaikan tanggungjawabnya, dan cakap serupa bikin.