Jerayawara CAEXPO ke-20 di Malaysia
2023-07-12 13:20:59 CRI
Jerayawara Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-20 diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia dari 12 hingga 14 Julai.
Jerayawara ini meliputi kawasan pameran kira-kira 4,000 meter persegi, dan akan memfokuskan industri makanan.
Perusahaan dari wilayah Guangxi, Sichuan, dan Guangdong China, serta syarikat terkemuka dari Malaysia dan Thailand akan membawa produk, teknologi dan kelengkapan berkaitan industri makanan dan minuman mereka menyertai jerayawara tersebut.
Jerayawara Ekspo China-ASEAN telah diadakan di lapan negara ASEAN, dan mendapat pengiktirafan tinggi daripada perusahaan terlibat.