Banjir Besar di Vermont, Biden Isytihar Darurat

2023-07-13 13:01:13  CRI
Share with:

Presiden AS, Joe Biden mengisytiharkan darurat di Vermont berikutan negeri itu dilanda hujan lebat yang menyebabkan banjir, pada Selasa.

Dalam pada itu, negeri New York dan Connecticut juga dilanda hujan lebat pada 9 Julai lalu, diikuti wilayah New England termasuk Vermont, dengan hujan di beberapa kawasan mencecah 180mm hingga 230mm.