Jumlah Penduduk Kelaparan Rekodkan 783 Juta, kata Laporan PBB

2023-07-13 12:54:08  CRI
Share with:

Lima organisasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersama-sama mengeluarkan laporan bertajuk Keadaan Keselamatan Makanan dan Nutrisi Dunia 2023, pada Rabu.

Lima organisasi tersebut ialah Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), Tabung Pembangunan Pertanian Antarabangsa (IFAD), Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dan Program Makanan Dunia (WFP).

Laporan tersebut menyebut bahawa wabak COVID-19, perubahan iklim dan konflik yang sering berlaku telah menjadi antara faktor yang membawa kepada peningkatan jumlah individu kelaparan di dunia. Angka itu merekodkan 783 juta pada 2022, naik sebanyak 122 juta berbanding 2019.

Pada tahun 2022, Asia dan Amerika Latin telah mencapai kemajuan dalam pengurangan kelaparan, namun tahap kelaparan di Asia Barat, kawasan Caribbean dan Afrika menjadi lebih serius.

Kelima-lima organisasi PBB tersebut turut memberi amaran bahawa sekiranya trend perkembangan situasi ini dibiarkan, adalah mustahil bagi negara-negara di seluruh dunia untuk mencapai matlamat menghapuskan kelaparan menjelang tahun 2030.