Mengapa NATO Mahu Jejaskan Keselamatan di Asia-Pasifik?
Sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Vilnius menutup tirainya pada Rabu. Pengumuman bersama sidang kemuncak kali ini yang dikeluarkan sehari sebelumnya telah menyebut nama China lebih 10 kali, dan sekali lagi mendakwa China menjadi "cabaran sistematik" bagi keselamatan Eropah-Atlantik.
Menurut agenda, sidang kemucak tersebut sepatutnya memfokuskan situasi di Ukraine dan isu peluasan NATO. Mengapa ia sekali lagi menyasarkan China?
NATO merupakan pakatan ketenteraan yang paling besar di dunia. Kewujudkan pertubuahan itu memerlukan lawan. Bagaimana menetapkan lawan itu?
Ditinjau dari beberapa edisi dokumen "konsep strategi" NATO pasca Perang Dingin, setiap edisi dokumen itu dikemas kini mengikuti pengubahsuaian strategi Amerika Syarikat (AS) dan mencerminkan tuntutan strategik negara itu.
Sejak Joe Biden berkuasa, kerajaannya secara salah menjadikan China sebagai "pesaing strategi yang paling penting" dan menegaskan bahawa“strategi Indo-Pasifik” memerlukan NATO.
Dengan mengikuti Washiongton, NATO juga bersikap keras China, dan melabelkan China sebagai "cabaran sistematik", bagi mencampuri urusan di rantau Asia-Pasifik.
Walau bagaimanapun, tuduhan tidak berasas terhadap China tidak diterima oleh beberapa anggota NATO. Fakta membuktikan bahawa China tidak pernah mencetuskan sebarang konflik, tidak menduduki tanah negara lain atau melancaran perang proksi. Dalam tempoh lebih 30 tahun lalu, China menghantar lebih 50 ribu anggota untuk menyertai misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan dikenali sebagai "kompomen dan tenaga paling penting dalam misi pengaman".
Perang Dingin sudah berakhir lebih 30 tahun. Tetapi sebagai hasil perang itu, NATO masih melakukan konfrontasi kem dan menjadi jentera perang' yang digunakan oleh AS.
NATO menyebut diri sebagai pertubuhan defensif dan membela order antarabangsa yang berdasarkan peraturan. Namun NATO mengetepikan Majlis Keselamatan PBB dan melancarkan perang terhadap sejumlah negara berdaulat yang mengakibatkan ramai rakyat terkorban dan berpuluh-puluh juta orang hilang tempat tinggal.
Peluasan NATO ke timur secara berterusan merosakkan keselamatan di Eropah. Pada masa ini, NATO mencampur tangan urusan di Asia-Pasifik nescaya akan mengancam keselamatan di rantau ini.