Letupan Paip Gas Nord Stream: China Seru Umumkan Keputusan Siasatan Secepat Mungkin

2023-07-13 13:02:35  CRI
Share with:

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan sesi terbuka mengenai insiden letupan paip gas Nord Stream, atas permintaan delegasi Rusia, pada 11 Julai.

Naib Wakil Tetap China ke PBB, Geng Shuang ketika berucap pada sesi itu menegaskan bahawa siasatan objektif dan adil perlu dijalankan terhadap insiden letupan itu berdasarkan sikap bertanggungjawab, di samping mengelakkan siasatan berkenaan dipolitikkan, atau dicampur manipulasi politik.

Beliau turut menggesa agar keputusan siasatan letupan itu diumumkan, dan membawa pesalah ke muka pengadilan secepat mungkin.