Bom Kluster Dikhuatiri Bawa Tragedi Baharu

2023-07-14 14:51:53  CRI
Share with:

Pada cuti musim panas ini, ketika para pelajar dari Laos melawat ke luar negara dengan menaiki kereta api China-Laos, mereka mungkin tidak tahu bahawa pihak pembina mengambil masa lebih daripada dua tahun untuk membersihkan bom kluster yang ditinggalkan Amerika Syarikat (AS) di sepanjang landasan itu.

Bom kluster itu digugurkan tentera AS ke Laos semasa Perang Vietnam. Baru-baru ini, kerajaan AS mengumumkan akan memberikan bantuan ketenteraan tambahan bernilai USD800 juta kepada Ukraine, termasuk bom kluster yang diharamkan menurut undang-undang AS.

Bom kluster memiliki kuasa membunuh yang amat besar. Satu bom kluster mengandungi puluhan malah ratusan peluru, dan setelah dibuang, taburan  peluru itu adalah tidak dapat dikawal. Di samping itu, kadar ketidakletupan peluru tersebut amat tinggi, meninggalkan risiko dan bahaya kepada penduduk awam. Bom yang belum meletup akan mengakibatkan tragedi dan memberikan kesan yang tidak terhingga.

Menurut statistik yang tidak lengkap, bom kluster, sejak dibangunkan, telah meragut 56,000 hingga 86,000 nyawa, antaranya 90 peratus adalah rakyat jelata termasuk kanak-kanak.

Pada tahun 2008, kerajaan AS membuat komitmen bahawa tentera negara itu tidak akan menggunakan lagi bom kluster dan akan "menutup" semua bom kluster. Walau bagaimanapun, senjata yang dibekalkan AS ke Ukraine kali ini termasuk bom kluster yang dihasilkan lebih 40 tahun yang lalu dan "ditutup" sejak 15 tahun dahulu.

Setahun yang lalu, Setiausaha Akhbar Rumah Putih ketika itu, Jen Psaki menyatakan bahawa penggunaan bom kluster adalah jenayah perang. Namun setahun kemudian, AS menjadi pihak yang dikutuk dirinya.