Gelombang Haba Melanda AS, 111 Juta Orang Terjejas

2023-07-14 14:53:37  CRI
Share with:

Beberapa wilayah di Amerika Syarikat (AS) dilanda gelombang haba mutakhir ini, dan menyebabkan lebih daripada 111 juta rakyat tempatan terjejas.

Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS pada 12 Julai, penduduk dari selatan California ke selatan Florida telah menerima amaran suhu tinggi yang melampau, amaran ini dijangka akan berterusan hingga 16 Julai ini.

Difahamkan sebahagian kawasan di Arizona, barat daya negara itu mengalami cuaca ekstrem, dengan suhu melebihi 43 darjah Celsius selama beberapa hari.