Wang Yi Bertemu Antony Blinken

2023-07-14 13:24:11  CRI
Share with:

Ketua Pejabat Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Wang Yi bertemu dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken di Jakarta, Indonesia pada Khamis.

Wang Yi menyatakan, Presiden China Xi Jinping mengemukakan cadangan strategik yang penting bagi memantapkan dan mengembangkan hubungan antara China dan AS, ketika Blinken melawat China pada bulan lepas.

Di samping itu, menurut Wang, kedua-dua pihak telah mencapai konsensus penting, antaranya yang paling penting adalah kembali ke Agenda Bali. Bagi tindakan seterusnya, langkah pragmatik harus diambil supaya membawa hubungan dua hala kembali ke landasan betul.

Wang Yi turut menegakan pendirian China mengenai isu Taiwan, mengingatkan pihak AS agar jangan mencampuri hal ehwal dalaman China, jangan menceroboh kedaulatan dan keutuhan wilayah China, berhenti mengenakan sekatan terhadap ekonomi dan perdagangan serta sains dan teknologi China, selain membatalkan sekatan haram dan tidak rasional terhadap China.

Wang Yi dan Antony Blinken juga mengadakan perbincangan tentang isu-isu Asia-Pasifik, hal ehwal maritim dan lain-lain, dan menganggap pertemuan kali ini adalah ikhlas, pragmatik dan membina.