China, Jepun Harus Bina Hubungan Dua Hala Sesuai Keperluan Era Baharu: Wang Yi

2023-07-15 15:20:44  CRI
Share with:

China dan Jepun harus berusaha untuk membina hubungan dua hala yang sesuai dengan keperluan era baharu, kata Ketua Pejabat Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Wang Yi ketika bertemu dengan Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi, di Jakarta semalam.

Wang Yi menegaskan bahawa China dan Jepun telah menandatangani Perjanjian Kedamaian dan Persahabatan pada 45 tahun lalu, mewajibkan kedua-dua negara ini untuk mengekalkan kedamaian, persahabatan dan kerjasama, di samping menetapkan prinsip dan arah bagi pertukaran kedua-dua negara.

Hayashi mengatakan bahawa potensi kerjasama Jepun dan China amat besar dalam pelbagai bidang. Jepun menyambut baik kerjasama dan interaski yang rapat antara kedua-dua negara mutakhir ini. Di samping itu, beliau berharap pertukaran dalam kalangan rakyat dapat ditingkatkan.

Hayashi turut menjelaskan pendirian Jepun mengenai isu pelepasan air tercemar nuklear Fukushima dan mengharapkan pemahaman dari pihak China.

Wang Yi menekankan bahawa pelepasan air tercemar nuklear berkait rapat dengan keselamatan persekitaran laut dan kesihatan umat manusia. Jepun dinasihat supaya memandang serius kebimbangan sah semua pihak dan pendapat berbeza pakar-pakar berkaitan, menganalisis secara saintifik tentang cara rawatan air sisa, dan menangani isu itu dengan berhati-hati.