Penggiat Perfileman Hollywood Lancarkan Mogok Pekerjaan

2023-07-16 14:45:43  CRI
Share with:

Screen Actors Guild (SAG) Amerika Syarikat (AS) menzahirkan sokongan mereka kepada American Federation of Television and Radio Artists (AFTRA) dan secara rasmi menyertai mogok pekerjaan pada Jumaat waktu tempatan.

Tindakan itu menyaksikan kedua-dua kesatuan sekerja utama di Hollywood melakukan mogok secara serentak buat pertama kali dalam tempoh lebih 60 tahun.

Menurut media tempatan, penglibatan SAG dalam mogok pekerjaan besar-besaran itu kemungkinan akan membawa kelumpuhan kepada Hollywood, bahkan seluruh industri perfileman negara itu.