40 Maut Hujan Lebat Landa Korea Selatan

2023-07-17 14:09:44  CRI
Share with:

Seramai 40 orang dilaporkan maut akibat hujan lebat berterusan yang melanda Korea Selatan sejak 9 Julai lalu.

Terdahulu, Ibu Pejabat Tindak Balas Bencana dan Keselamatan Pusat Korea Selatan (CDSCH) memaklumkan bencana berkenaan sudah meragut 39 nyawa setakat pukul 6 pagi tadi.

Angka itu meningkat kepada 40 apabila satu lagi mayat ditemui di terowong bawah tanah di Cheongju, wilayah Chungcheong Utara.

Setakat ini, hampir 9,500 penduduk dari 14 bandar dan wilayah telah dipindahkan dan 5,500 lagi tinggal di pusat perlindungan sementara.