WMO Jangka Cuaca Panas Berlarutan hingga Ogos

2023-07-17 11:56:17  CRI
Share with:

Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) menjangkakan cuaca panas akan berlarutan sehingga Ogos ini.

Dilaporkan, dunia menyaksikan Jun sebagai bulan paling panas pernah direkodkan oleh WMO, manakala suhu purata global harian bagi setengah bulan pertama Julai pula mencapai paras tertinggi.

Setiausaha Agung WMO Petteri Taalas berkata cuaca ekstrem seumpama menjadi semakin kerap dalam perubahan iklim dan pemanasan global.

Menurut beliau, ia akan memberi kesan besar kepada kesihatan manusia, ekosistem, ekonomi, pertanian, tenaga dan bekalan air.