Unit Janakuasa Nuklear Ketiga "Hualong One" China Dibina di Pakistan

2023-07-17 13:42:08  CRI
Share with:

Syarikat Nukelar Kebangsaan China (CNNC) memaklumkan satu lagi majlis pecah tanah untuk unit baharu loji janakuasa nuklear telah diadakan di Chashma, Pakistan baru-baru ini.

Dikenali sebagai C-5, ia mempunyai kapasiti sejuta kilowatt dengan teknologi "Hualong One", iaitu generasi ketiga CNNC, sekali gus menjadi unit janakuasa nuklear ketiga "Hualong One" di luar China.

Dengan teknologi "Hualong One", iaitu salah satu teknologi janakuasa nuklear tercanggih di dunia, C-5 dijangka mampu membekalkan elektrik sebanyak 10 bilion kilowatt sejam setahun.

Ia secara tidak langsung berkemampuan memenuhi keperluan penggunaan lebih empat juta keluarga setempat sepanjang tahun.

Untuk rekod, China dan Pakistan telah membina enam unit janakuasa nuklear yang dapat membekalkan elektrik bersih sebanyak 30 bilion kilowatt-jam setahun, bersamaan dengan penjimatan 9.38 juta tan penggunaan arang standard, iaitu pengurangan pelepasan 24.48 juta karbon dioksida setiap tahun, atau menaman sebanyak 210 juta batang pokok.