GDP Q2 2023 China Lumayan

2023-07-18 15:15:24  CRI
Share with:

China semalam mengumumkan KDNK untuk suku kedua (Q2) tahun 2023 mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.3%.

 

Bagaimanapun, memetik laporan BBC, data itu (pertumbuhan 6.3%) disifatkan sebagai “pemulihan ekonomi yang kurang dinamik”.

 

Tidak mahu ketinggalan, “sahabat” BBC, iaitu Reuters pula menterjemah data itu dengan menyebut bahawa KDNK Q2 China “hanya bertambah 0.8% sahaja” berbanding Q1.

 

Lagi menarik, WSJ dalam analisisnya dipetik sebagai berkata, “data ini mungkin memperlihatkan pembangunan ekonomi yang mapan dalam suku tahun ini, TAPI ramai berpendapat bahawa entiti ekonomi kedua terbesar ini menghadapi situasi yang serius.” (ya, Satria sahaja highlight perkataan ‘tapi’ itu)

 

Eh, Satria berasa bingung sekejap.

 

Ketika ekonomi China memperlihatkan perkembangan pesat, Barat terus meletakkan sekatan kepada China. Ketika perkembangan ekonomi China menjadi mantap, mereka bimbang pula kononnya “pemulihan ekonomi China kurang dinamik”. Eh?

 

Persoalannya, adakah ekonomi China betul-betul kurang memuaskan?

 

DIsebabkan KDNK banyak negara belum diumumkan lagi dan KDNK Q2 China menambah 0.8% berbanding Q1, Satria nak membawa anda sekalian melihat KDNK pelbagai entiti ekonomi utama di dunia pada Q4 2022 dan Q1 2023 supaya memahami bagaimana situasi sebenar ekonomi China.

 

Britain, pemilik BBC mencatat 0.1% pada Q4 2022 dan juga Q1 2023. Satria ulang, 0.1% sahaja. Adakah itu memperlihatkan pemulihan ekonomi Britain sebagai ‘dinamik’?

 

Perancis langsung tidak mencatat pertumbuhan pada Q4 2022 dan “hanya menambah sebanyak 0.2%” pada Q1 2023.

 

Manakala, Amerika Syarikat (AS) memperlihatkan pertumbuhan 0.6% pada Q4 2022 dan 0.3% pada Q1 2023. Jadi, kalau ikut logik WSJ, mereka sepatutnya mengeluarkan satu laporan berbunyi, “entiti ekonomi terbesanr ini menghadapi situasi yang lagi serius berbanding China”.

 

Kalau melihat data seluruh G20, pertumbuhan KDNK pada Q4 2022 mencatat 0.4% dan 0.9% pada Q1 2023.

 

Secara terus terang, pemulihan ekonomi global menghadapi masa depan yang kurang cerah. Dengan situasi ini, China sebagai entiti ekonomi kedua terbesar dan selalu terbuka, berhubung rapat dengan pasaran global, sudah tentu tidak mungkin mengekalkan pertumbuhan pada 8% seperti awal abad ini. Bagaimanapun, pertumbuhan 0.8% berbanding Q1 2023 dan 6.3% berbanding Q2 2022 masih boleh disifatkan lumayan.

 

Tapi, China memang mampu memperlihatkan pertumbuhan yang lebih tinggi, sekali gus memberi sumbangan lebih besar terhadap pemulihan ekonomi global sekiranya tidak menghadapi sekatan yang semakin ketat dan meluas dari Barat.

 

Persatuan Industri Semikonduktor(SIA) AS semalam sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang mendakwa White House berulang kali mengeluarkan sekatan sepihak yang meluas dan kurang jelas, ini akan menjejas daya saing industri semikonduktor AS, rantaian bekalan dan juga mengekorkan ketidaktentuan pasaran secara drastik.

 

Sebagai entiti ekonomi terbesar di dunia, dasar AS yang kurang bertanggungjawab akan membawa impak tambahan kepada banyak pihak.

 

Ambil contoh, kerajaan AS menuntut rantaian bekalan iPhone dipindah keluar China. Dengan latar belakang ini, Foxconn dulu berancang menyertai satu program pelaburan sejumlah USD19.5 bilion di India supaya membina kilang baharu di sana.

 

Tapi Foxconn baru-baru ini mengumumkan untuk menarik diri daripada program atas “beberapa cabaran yang tidak mampu diselesaikan dan masalah luar yang tidak berkaitan dengan projek ini”.

 

Apa yang dibimbangkan oleh SIA telah benar-benar berlaku dan menjadi gangguan bagi pemulihan ekonomi global.

 

Kalau meneliti pelbagai data ekonomi China, pasaran hartanah masih kurang cerah, tapi pasaran membeli-belah memperlihatkan pemulihan dan menyediakan penjana semakin besar kepada ekonomi.

 

Ini juga akan membantu penyusunan semula struktur ekonomi berbanding terlalu banyak bergantung kepada pasaran hartanah pada sebelum ini, serta memastikan pembangunan ekonomi berkembang dengan lebih sihat.