China, ASEAN Tempuh Perjalanan ke Arah Kemakmuran Bersama
China dan ASEAN menempuh perjalanan betul ke arah kejiranan baik yang berkekalan serta kemakmuran bersama dalam tempoh dua dekad lalu.
Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning ketika mengulas mengenai kenyataan bersama Mesyuarat Menteri Luar China-ASEAN bagi memperingati ulang tahun ke-20 keanggotaan China dalam Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC).
Mao berkata China menjadi yang pertama menganggotai TAC, memperlihatkan tradisi diplomatik yang mempertahankan kesamarataan antara semua negara dan sokongan teguh terhadap pembangunan ASEAN, sekali gus mencerminkan dasar persahabatan dengan negara berjiranan.
Tambah beliau, berakarkan sejarah dan budaya Asia, perjanjian itu memupuk kaedah Asia yang berteraskan konsensus dicapai menerusi perbincangan, tidak campur tangan dalam urusan dalaman negara lain, dan mengambil kira keselesaan semua pihak.
Beliau turut menyifatkannya sebagai pedoman penting kepada perhubungan antara negara serantau.