Xi Utus Tahniah 65 Tahun Hubungan Diplomatik China, Kemboja
Presiden China Xi Jinping dan Raja Kemboja Norodom Sihamoni saling menyampaikan perutusan tahniah sempena ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik kedua-dua negara, hari ini.
Xi berkata hubungan diplomatik China dan Kemboja yang terjalin sejak 65 tahun lalu bertahan dalam perubahan landskap global dan bertambah kukuh dari semasa ke semasa.
Ia turut menyaksikan rangka kerjasama 'intan enam sisi' semakin diperkukuh, manakala projek pembinaan 'koridor pembangunan perindustrian' dan 'koridor limpahan ikan dan beras' mencapai kemajuan signifikan.
Presiden itu turut menyatakan beliau amat mementingkan perkembangan hubungan kedua-dua pihak dan bersedia bersama Raja Sihamoni untuk merapatkan lagi jalinan persahabatan yang sedia ada demi manfaat rakyat dua negara.
Dalam pada itu, Raja Sihamoni bertitah, Kemboja bersedia bersama China terus memantapkan kerjasama dalam pelbagai bidang sekali gus menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau malah dunia.