Import dan Eksport Guangxi dengan ASEAN Naik 92.6 Peratus
Jumlah import dan eksport antara wilayah Guangxi China dengan negara-negara ASEAN mencecah RMB161.3 bilion (kira-kira RM101.6 bilion) pada setengah tahun pertama tahun ini, naik 92.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Perdagangan antara Guangxi dengan ASEAN disuntik momentum baharu apabila lebih 20 jenis produk pertanian negara ASEAN mendapat permit untuk dieksport ke China pada tahun lepas.
Untuk rekod, pengimportan Guangxi terhadap produk pertanian ASEAN mencatat RMB8.81 bilion (kira-kira RM5.55 bilion) pada setengah tahun pertama, naik 53.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Difahamkan, ASEAN kekal menjadi rakan dagang paling besar bagi Guangxi selama 23 tahun berturut-turut.