Pentagon Umum Bantuan Tambahan USD1.3 Bilion kepada Ukraine

2023-07-20 16:24:58  CRI
Share with:

Pentagon mengumumkan bantuan keselamatan tambahan bernilai USD1.3 bilion kepada Ukraine pada Rabu.

Difahamkan, pakej bantuan Amerika Syarikat (AS) itu merangkumi peluru berpandu, sistem dron, peralatan anti-dron dan pengesan peperangan elektronik, sistem pertahanan udara, peluru dan sebagainya.

Dalam tempoh lebih setahun sejak konflik Rusia-Ukraine tercetus, negara Barat termasuk AS terus-menerus membekalkan senjata ke medan perang dengan jenis yang pelbagai dan kuantiti yang semakin bertambah.