Kebakaran Hutan Kanada Terus Merebak

2023-07-20 14:38:51  CRI
Share with:

Setakat 18 Julai, keluasan kawasan hutan yang terbakar di Kanada pada tahun ini mencecah 110,000 kilometer persegi, jauh melebihi 73,000 kilometer persegi yang direkod pada 1989.

Menurut data terkini Pusat Kebakaran Hutan Antara Agensi Kanada (CIFFC), masih terdapat 885 titik panas di seluruh negara itu, 563 daripadanya tidak terkawal.

Wilayah British Columbia di barat Kanada antara yang mengalami bencana paling teruk, dengan hampir 400 kebakaran aktif dikesan.