Lagi Protes di Jepun Bantah Pelepasan Air Tercemar Nuklear

2023-07-22 16:33:17  CRI
Share with:

Penduduk Jepun sekali lagi mengadakan perhimpunan di depan kediaman perdana menteri negara itu pada Jumaat, sebagai membantah rancangan kerajaan dan Syarikat Kuasa Elektrik Tokyo (TEPCO) melepaskan air tercemar dari loji nuklear Fukushima ke laut pada Ogos.

Penunjuk perasaan mengatakan air tercemar itu mengandungi unsur radioaktif yang tidak mampu dihapuskan dengan segera sekiranya dibuang ke laut.

Menurut mereka, pelepasan air tercemar nuklear berkaitan dengan rezeki golongan orang yang bekerja dalam sektor perikanan.

Mereka juga membantah kerajaan dan TEPCO memungkiri janji yang dibuat sebelum ini iaitu tidak akan melepaskan air tercemar ke laut tanpa mendapatkan pemahaman daripada rakyat.