Usahlah Britain Berlagak Bisu Tuli

2023-07-22 15:34:27  CRI
Share with:

“Selama ini, barulah Kesatuan Eropah (EU) menyentuh tentang Kepulauan Malvinas,” kata seorang pegawai Argentina kepada media tempatan sempena sidang kemuncak ketiga antara Komuniti Negara Amerika Latin dan Caribbean (CELAC) dengan EU di Brussels.

Seperti yang dinyatakan pegawai berkenaan, isu kedaulatan Kepulauan Malvinas antara isi kandungan kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas sidang kemuncak itu, menyaksikan kedua-dua pihak setuju menyelesaikan pertikaian secara damai menerusi dialog berasaskan undang-undang antarabangsa.

Ia merupakan kali pertama dua buah pertubuhan rantau utama itu memperkatakan tentang isu Kepulauan Malvinas menerusi kenyataan bersama.

Perubahan sikap EU terhadap isu berkenaan bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Di satu pihak, masyarakat antarabangsa sudah membuat kesimpulan bahawa isu Kepulauan Malvinas pada dasarnya adalah masalah yang timbul ekoran kolonialisme.

Sebaliknya, terdapat juga pertimbangan praktikal yang dibuat EU untuk mengubah sikapnya.

EU menyifatkan sidang kemuncak kali ini sebagai peluang untuk memulihkan hubungan dengan CELAC.

Dijejaskan oleh krisis Ukraine, blok Eropah itu menghadapi kekurangan tenaga dan ingin mengukuhkan kerjasama dengan Amerika Latin membabitkan sumber mineral dan tenaga boleh diperbaharui.

Jika EU inginkan kerjasama seumpama, adalah sangat penting untuk menjelaskan pendiriannya mengenai beberapa isu sejarah.

Memandangkan negara jiran sudah bercakap, Britain tak boleh berpura-pura menjadi pekak dan bisu.

Berkedudukan strategik yang bernilai tinggi di Lautan Atlantik menuju ke Antartika, Kepulauan Malvinas yang kaya dengan sumber perikanan dan minyak merupakan antara pertimbangan utama Britain untuk menduduki tempat itu.

Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, negara itu terus mengukuhkan pendudukannya di Kepulauan Malvinas, antaranya termasuk menjalani latihan ketenteraan.

Hakikinya, Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Had Pelantar Benua telah pun mengesahkan bahawa Kepulauan Malvinas terletak di perairan wilayah Argentina.

Berhadapan dengan resolusi PBB serta bantahan masyarakat antarabangsa, Britain patut segera bangkit daripada 'mimpi penjajahan', menyambung semula rundingan dengan Argentina dan mengembalikan Kepulauan Malvinas kepada negara Amerika Selatan itu seawal mungkin.