Pertempuran Semakin Parah di Sudan

2023-07-23 13:38:09  CRI
Share with:

Konflik bersenjata di Sudan tidak menampakkan tanda-tanda reda sejak ia tercetus pada 15 April.

Difahamkan, pertempuran semakin memuncak di bahagian tengah dan selatan Sudan, selain Khartoum dan barat Darfur menjadi medan pertempuran utama untuk tempoh seratus hari.

Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) menerusi kenyataan pada Sabtu berkata pihaknya akan meneruskan operasi ketenteraan untuk menggempur Pasukan Sokongan Pantas (RSF) sehingga mengawal semua pangkalan di serata negara.