President Sri Lanka Ditemui Ketua Bandar Chongqing

2023-07-24 13:56:25  CRI
Share with:

Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe ditemui Setiausaha Parti Komunis China (PKC) di bandar Chongqing, Yuan Jiajun di pejabat istana presiden kelmarin.

Yuan terlebih dahulu menyampaikan salam daripada Presiden China, Xi Jinping, dan berkata bahawa China bersedia  berganding bahu dengan Sri Lanka dalam usaha menaik taraf perkongsian rakan  strategik yang tulus ikhlas, saling membantu dan berdasarkan kesetiaan  bersahabat sejak dari dulu. PKC bersedia memperhebat pertukaran dengan pelbagai  parti politik di Sri Lankda, saling belajar dan menyumbang kepada perkembangan hubungan dua negara dan pembangunan masing-masing. Chongqing bersedia  mengintensifkan kerjasama dengan Sri Lanka melalui saluran darat-laut yang baharu, mempertingkat tahap keterbukaan, memperkasakan penyelarasan dalam usaha  membanteras kemiskinan, serta menggalakkan pembangunan sosioekonomi ke arah berkualiti tinggi.

Wickremesinghe meminta Yuan Jiajun menyampaikan salam kepada Presiden Xi. Kata beliau, China adalah teman sejati  bagi Sri Lanka. Pihaknya merakamkan ucapan terima kasih atas beberapa banyak sokongan yang disediakan China dalam pembangunan sosioekonomi Sri Lanka sejak  sekian lama. Pihaknya bersedia memperhebat kerjasama substantif dengan China dari pelbagai bidang, memperdalam interaksi antara parti dan daerah, mendorong  pembangunan berkualiti tinggi dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan, dan  mengalu-alukan pelabur dari Chongqing menanam modal di Sri  Lanka.

Untuk rekod, rombongan PKC yang diketuai Yuan  Jiajun melakukan lawatan di Sri Lanka atas undangan pada 19 hingga 23  Julai.