Mesyuarat Gabenor Bank Pusat China, Jepun dan Korea Selatan Diadakan di Yokohama

2023-07-24 14:08:13  CRI
Share with:

Mesyuarat Gabenor Bank Pusat China, Jepun dan Korea Selatan ke-12 diadakan di Yokohama Jepun pada Ahad lalu, dengan dipengerusikan oleh Rhee Chang-yong, Gabenor Bank Pusat Korea Selatan. Beliau bersama dengan Ketua Bank Rakyat China yang juga Ketua Jabatan Pentadbiran Pertukaran Asing Negara China (SAFE), Pan Gongsheng dan Gabenor Bank Jepun, Kazuo Ueda bertukar-tukar pendapat mengenai situasi ekonomi dan kewangan pada masa kini.

Menurut maklumat selanjutnya, mesyuarat edisi ke-13 bakal dianjur China pada tahun 2024.