Kira-kira Separuh Penduduk Sudan Memerlukan Bantuan Kemanusiaan

2023-07-24 14:10:40  CRI
Share with:

Konflik bersenjata pusingan baharu di Sudan sudah berlarutan selama tiga bulan lebih sejak tercetusnya pada 15 April lalu, mengakibatkan penduduk tempatan berada dalam keadaan sukar seperti kekurangan bahan makanan, bekalan air dan elektrik terputus dan kekurangan ubat-ubatan.

Seorang pegawai dari Program Makanan Sedunia (WFP) yang bertanggungjawab bagi projek Sudan ketika diwawancara wartawan Kumpulan Media China (CMG) pada Ahad lalu menyatakan bahawa terdapat kira-kira separuh penduduk Sudan yang memerlukan bantuan kemanusiaan.

Pegawai itu menyatakan bahawa pihaknya memberikan perhatian besar terhadap situasi di Sudan terutamanya di kawasan Darfur yang tiada akses untuk menerima bantuan kemanusiaan.

Beliau menyeru pihak-pihak berkonflik menyediakan laluan selamat dan bertindak memudahkan pelaksanaan misi kemanusiaan supaya barangan bantuan dapat diagihkan kepada mereka yang paling memerlukan.