China Sambung Semula Dasar Kemasukan Tanpa Visa Bagi Warganegara Singapura

2023-07-24 11:13:52  CRI
Share with:

China akan menyambung semula dasar kemasukan tanpa visa selama 15 hari bagi warganegara Singapura yang memegang pasport biasa untuk melakukan perniagaan, melancong dan mengunjungi saudara-mara di China atau transit melalui China mulai pada pukul 0:00 pada 26 Julai waktu Beijing.

Visa ke China yang dipegang oleh warganegara Singapura sebelum ini dikekal sah dan permohonan visa yang  telah diterima pula akan diuruskan dan dikeluarkan seperti biasa.