PM Hangary: Asia dan China, Peserta Penting Urusan Sejagat

2023-07-24 14:12:52  CRI
Share with:

Perdana Menteri Hangary, Orban Viktor berkata, Asia dan China yang menunjukkan trend pembangunan yang baik dalam pelbagai bidang, sedang berkembang menjadi peserta penting dalam urusan sejagat.

Beliau ketika menyampaikan ucapan pada Sabtu lalu waktu tempatan menyatakan bahawa China menyelesaikan proses revolusi perindustrian dan maklumat hanya dengan memakan masa puluhan tahun berbanding dengan ratusan tahun yang digunakan Barat . China sudah berkembang menjadi negara yang kuat dalam bidang industri pembuatan dan bakal mendahului Amerika Syarikat.

Tambah beliau, dominasi AS dalam senario global semakin berkurangan, manakala Asia dan China berkembang makin baik. Konflik bukannya mustahil dielakkan, dan dunia memerlukan keseimbangan baharu.

“China mengambil bahagian dalam pembinaan orde antarabangsa melalui mekanisme kerjasama negara BRICKS, Inisiatif Jalur dan Laluan serta Bank Pelaburan Inflastruktur Asia. China mempunyai visi dan misi yang melibatkan bidang tamadun, dan juga mempunyai rancangan yang berjangka panjang iaitu mengakhiri sejarah kehinaan selama seratus tahun dan memperjuangkan kebangkitan nusa dan bangsa,” ujar beliau.