Kuala Lumpur, Kini Dan Dahulu

2023-07-24 15:28:51  CRI
Share with:

Semalam, Satria akhirnya pulang ke Beijing setelah menamatkan lawatan selama 4 hari di Malaysia.

 

Meskipun sibuk dengan jadual kerja yang padat di Kuala Lumpur, tapi Satria sempat menghayati moden dan tradisi bandar ini.

 

Hari pertama dalam perjalanan dari KLIA ke pusat bandar, Satria dapati banyak apartmen baharu sedang dibina.

 

Ketika memasuki pusat bandar, Satria lagi terkejut apabila melihat kemunculan pencakar langit baharu.

 

Sebab, Satria masih terngiang-ngiang di ingatan yang latar langit KL hanya terdapat Menara KL dan Menara Petronas dan kedua-duanya adalah lokasi tumpuan yang wajib dilawati.

 

Ketika bertanya kepada pemandu, barulah tahu bahawa ia merupakan bangunan Merdeka 118 yang baru siap didina dan sekali gus menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia.

 

Ketika berbual-bual dengan ramai kawan tempatan mengenai penemuan ini, mereka amat pelik sebab berasa tiada perubahan di bandar ini.

 

Antara lain perubahan yang Satria dapati juga adalah termasuk di Jalan Petaling, yang pada dahulunya sering dipanggil sebagai Chinatown, dan kini kebanyakan kedai di sana dikendalikan oleh masyarakat Tamil.

 

Manakala, ketika pemandu membawa kami mencuba masakan Melayu yang amat terkenal di KL, Satria mendapati kedai itu sebenarnya juga diusahakan oleh orang Tamil.

 

Pandangan yang kuno terhadap golongan Tamil sebagai tenaga kerja, golongan Cina berniaga dan golongan Melayu mengawal pentadbiran sedang berubah. Setiap kaum nampaknya mempunyai lebih banyak peluang dan masyarakat majmuk Malaysia menjadi semakin dinamik. Inilah pandangan Satria terhadap perubahan Malaysia melalui kunjungan empat hari ini.

 

Pada masa yang sama, yang tidak berubah di sana adalah pengantarabangsaan dan kehormanian yang menjadikan asas modenisasi Malaysia sejak sekian lama, dan mesti akan terus menyokong pembangunan Malaysia Madani pada masa depan.

 

Kali ini ada dua kawan ikut Satria melawat KL untuk menyertai Persidangan Antarabangsa Penyelidikan Tamil Ke-11. Kali pertama menjejak kaki ke Malaysia, mereka terkejut melihat pelancong dari seluruh dunia berjalan-jalan di Bukit Bintang. Manakala komuniti Tamil tempatan pula hidup secara harmoni dengan kaum Melayu dan Cina tempatan.

 

Persidangan tersebut langsung menarik penyertaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mereka sebagai tetamu yang boleh bertutur Bahasa Tamil dari China juga berpeluang mengambil gambar bersama-sama DSAI.

 

Ini menjadi perbezan ketara khususnya ketika kami membaca berita mengenai penghinaan terhadap dua orang wanita dan konflik kaum yang berlaku di India pada beberapa hari ini.

 

Kejayaan modenisasi Malaysia berasaskan keterbukaan dan perpaduan masyarakat. Budaya Malaysia yang unik menjadikan jalan modenisasinya yang juga unik dan bersesuaian dengan keadaan setempat.

 

Dalam sejarah, Malaysia sebagai hab di laluan Sutera Maritim mengalu-alukan armada Laksamana Cheng Ho, dan juga dipengerauhi oleh penjajah Barat dalam proses modenisasi. Tapi akhirnya, yang menjayakan Malaysia berkembang terus adalah “jalan Malaysia” selepas merdeka.

 

Kerajaan pelbagai penggal mengemukakan banyak slogan untuk membentangkan konsep pentadbiran, seperti “1 Malaysia” dan “Malaysia Madani” buat masa ini, tapi inti sarinya sama, iaitu keterbukaan negara dan perpaduan masyarakat.

 

Kebijaksanaan pentadbiran politik ini berasal dari budaya tradisional Malaysia dan Timur. Dan “keluarga dunia” yang berkembang dari “keluarga Malaysia” juga patut diberikan lebih banyak tumpuan di arana antarabangsa untuk membantu penyelesaian banyak masalah global yang nampaknya susah ditangani dengan jalan Barat.