Hou Kai Pengerusikan Mesyuarat Tetap ke-77 UNBoA

2023-07-27 13:57:02  CRI
Share with:

Mesyuarat tetap ke-77 Jawatankuasa Juruaudit PBB (UNBoA) melabuhkan tirainya di ibu pejabat PBB, New York, Amerika Syarikat (AS), pada Rabu.

Ketua Juruaudit Jabatan Audit China yang menjawat Pengerusi UNBoA telah mempengerusikan mesyuarat yang berlangsung selama dua hari itu.

Mesyuarat tersebut telah menyemak dan meluluskan 21 laporan audit agensi dan projek PBB yang berkaitan pada tahun fiskal 2022, mengkaji perkara yang dibawa ke perhatian UNBoA oleh badan perundangan PBB, selain mengatur gerak kerja UNBoA pada separuh kedua tahun 2023.

Menurut Hou, PBB memainkan peranan penting dalam mempromosi misi murni keamanan dan pembangunan umat manusia, selain menyatakan tentang peri penting PBB yang bersatu untuk mewujudkan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

"Saya akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan UNBoA untuk menumpukan pada tanggungjawab utama iaitu mengaudit belanjawan serta hasil dan perbelanjaan kewangan secara telus, mematuhi syarat, berkesan, selain bersama-sama mempromosikan pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030," ujar beliau.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menzahirkan penghargaan kepada peranan penting UNBoA dalam membantu PBB untuk menambah baik pengurusan, mengukuhkan kawalan dalaman, dan menyempurkan tadbir urus, selain menyatakan akan terus mempergiat kerjasama dengan UNBoA.

Untuk rekod, UNBoA merupakan badan pakar bebas yang memainkan peranan penting dalam sistem tadbir urus PBB.

UNBoA juga adalah mekanisme penting dalam usaha menggalakkan akauntabiliti dan ketelusan, serta memainkan peranan penting dalam sistem tadbir urus PBB.