Pertemuan antara Fatah dengan Hamas di Turkiye

2023-07-27 15:02:42  CRI
Share with:

Presiden Palestin merangkap Pengerusi Fatah,  Mahmoud Abbas bertemu dengan pemimpin Hamas, Ismail Haniya di Ankara, Turkiye kelmarin.

Menurut kenyataan Hamas, kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat secara terus terang dan mendalam mengenai sidang pelbagai puak politik Palestin yang dijadualkan di Kaherah, Meisr pada hujung bulan ini, dan bersepakat bahawa solidariti diperlukan bagi menghadapi kebahayaan dewasa ini.

Untuk rekod, konflik yang tercetus antara Fatah dengan Hamas pada tahun 2007, mengakibatkan Palestin berada dalam keadaan pecah belah, dengan Hamas mengawal Genting Gaza sedangkan Fatah berkuasa di Tebing Barat Sungai Jordan. Kedua-dua pihak pernah mewujudkan pertemuan di  Algiers, Algeria pada Julai tahun lepas.