Kenapa AS Bertalu-talu Godam Portal China dalam Dunia Siber?

2023-07-27 11:40:52  CRI
Share with:


Menurut kenyataan dan taklimat situasi waspada diumumkan Jabatan Pentadbiran Kecemasan dan Jabatan Keselamatan Awam di bandar Wuhan, provinsi Hubei, China semalam,  Pusat Kecemasan Virus Komputer Negara dan Syarikat 360 mendedahkan bahawa Pusat Pengawasan Gempa Bumi Wuhan dilanda serangan siber oleh kumpulan penggodam dari luar negara yang dipercayai berlatarbelakangkan sokongan dari suatu pentadbiran. Melalui bukti yang terkumpul dan penganalisisan selanjutnya, serangan siber itu dikesan pada peringkat awal berasal dari Amerika Syarikat (AS).

Walaupun masih kekurangan perincian berkenaan, namun perkara serupa pernah berlaku pada 2022 yang menyaksikan Universiti Politeknik Barat Laut (NPU) dilanda serangan siber oleh kumpulan penggodam dari luar wilayah. Menurut laporan siasatan pada ketika itu, Pejabat Operasi Akses  Khas (TAO) dibawah pentadbiran Agensi Keselamatan Nasional (NSA) AS menyerang NPU dengan menggunakan 41 jenis senjata serangan siber untuk mencuri data teknologi kunci dari China.

China selama ini matlamat utama dan mangsa dalam pelaksanaan kempen pengintipan AS di peringkat antarabangsa. Sarjana sektor perisikan AS, Jeffrey T. Richelson ketika menerima wawancara pada Jun 1999 pernah menyatakan bahawa China beransur-ansur menjadi matlamat utama dalam pengintipan “Five Eyes Alliance” (FVEY) melalui jaringan perisikannya. Pada 2015 pula, New York Times melaporkan perkataan ancaman yang dilontarkan oleh apa yang disebut tokoh anonim bahawa “AS mempunyai ribuan sistem akses yang tertanam dalam internet komputer di Tanah Besar China”.

Tersebar luas dakwaan bahawa perkara yang dikecam AS sebenarnya perkara yang pernah dilakukannya atau sedang dilakukannya.

Sejak sekian lama, sesetengah politikus AS mendakwa “China melakukan serangan siber terhadap AS”. Hakikatnya, kes serangan terhadap Pusat Pengawasan Gempa Bumi Wuhan justeru membuktikan AS menjalankan serangan siber terhadap China tanpa had dan batasan dengan dipacu “kepanikan keselamatan”. AS, “Empayar Penggodam” yang sebenar.

China membantah sebarang serangan siber yang tidak bertanggungjawab dan teguh mengambil langkah wajib untuk melindungi keselamatan dalam dunia siber. Berdirilah, khalayak ramai yang menghargai keamanan dan menyayangi kedamaian, bersatu padu untuk menentang amalan hegemoni dalam dunia siber.