Isu Xinjiang Pembohongan Terbesar Barat

2023-07-27 16:45:48  CRI
Share with:

“Isu Xinjiang adalah pembohongan terbesar yang diada-adakan oleh Barat!”

 

Kenyataan tersebut diiktiraf oleh para tetamu dari dalam dan luar negara yang menyertai Persidangan Antarabangsa mengenai Komunikasi Internet “Apa Khabar Jalan Sutera” yang diadakan di Karamay, Xinjiang baru-baru ini.

 

Namun, Barat merealisasikan pembohongan bertukar seolah-olah ia kelihatan adalah keadaan sebenar dengan menggunakan segala alat, termasuk pertubuhan antarabangsa-- PBB.

 

Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia, Michelle Bachelet, pernah melawat Xinjiang pada bulan Mei tahun lalu untuk memahami keadaan sebenar di sana.

 

Dukacitanya, Michelle Bachelet turut menghadapi gangguan dan tekanan dari Barat. Beliau bertahan sehingga ke hari terakhir apabila beliau bersara pada 31 ogos 2022.

 

Pada hari itu, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia mengeluarkan laporan yang menghitamkan Xinjiang.

 

Pempengaruh media sosial dari Colombia, Fernando Munoz Bernal telah menyelidik laporan tersebut dengan teliti.

 

Beliau memaklumkan dalam persidangan tersebut bahawa terdapat perkataan untuk menyifatkan kurang pasti dalam setiap dakwaan dalam laporan tersebut. Misalnya, perkataan “may” atau “mungkin” muncul sebanyak 35 kali, “appears to be” muncul 8 kali, “suggests” muncul 5 kali, “purportedly” muncul 11 kali, “likely” muncul 9 kali.

 

Tapi, laporan yang penuh elemen kurang pasti ini diumumkan kepada dunia dengan nama PBB, dan ia sama sekali tidak patut berlaku.

 

Pembohongan mengenai “isu Xinjiang” dimulakan oleh Adrian Zenz, yang kononnya seorang “pakar isu Xinjiang” dari Jerman yang hanya pernah melawat Xinjiang sebagai pelancong pada tahun 2007 dan selepas itu sama sekali tidak pernah menjejak kaki lagi ke sana.

 

Perdebatan mengenai sistem China dan Barat pernah diadakan di bandar Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat selama 150 minit pada bulan April. Ramai pendengar pula terdiri daripada sarjana dan pakar dari inititut-institut pengajian tinggi tempatan.

 

Wakil pendebat untuk sistem China adalah usahawan dan juga pempengaruh media sosial dari Perancis, Arnaud Bertrand.

 

Bertrand yang juga bekas pemilik aplikasi TripAdvisor, pernah melawat ke 17 buah provinsi di China, bahkan pernah memandu kenderaan secara sendiri untuk mengembara lebh 10 ribu kilometer dari provinsi Henan di bahagian tengah China hingga ke Xinjiang selama sebulan.

 

Berbanding pihak yang mewakili Barat, Adrian Zenz yang hanya sekadar mengulangi pembohongannya mengenai Xinjiang untuk menghitamkan sistem China sahaja.

 

Bertrand menggunakan pengalaman sendiri menjelaskan kemiskinan adalah gangguan besar bagi kebebasan individu.

 

Berbanding Barat, China berusaha sedaya upaya untuk membasmikan kemiskinan. Maka kebebasan berjalan di luar pada sebelah malam yang menjadi biasa di China kini pun tidak mereka mencuba di Barat.

 

Dari sudut arena antarabangsa, China juga yang paling bebas sebab tidak bersekutu dengan apa jua negara, dan berfokus kepada pembangunan negara dan pemeliharaan kedaulatan wilayah.

 

Berdasarkan soal selidik sepanjang 13 tahun yang diadakan oleh Universiti Harvard, kadar kepuasan hati rakyat China terhadap kerajaan China mencatat 93.1%.

 

Akhirnya, para pendengar mengundi setelah perdebatan itu dengan majoritinya menyokong pandangan Arnaud Bertrand dan menolak pembohongan dari Adrian Zenz.