China Menyeru Mencegah Konflik Rusia dan Ukraine Lagi Meruncing
China menyeru semestinya mencegah situasi konflik antara Rusia dan Ukraine lagi meruncing dan mengawal pengaruhnya di samping menggerakkan penyelesaian krisis itu secara politik.
Dalam dua mesyuarat terbuka Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) mengenai konflik Rusia-Ukraine pada Rabu, wakil tetap China ke PBB, Geng Shuang menyatakan bahawa situasi Ukraine makin meruning selama ini, mengakibatkan jumlah kematian dan kecederaan orang awam terus bertambah, kemudahan awam yang penting juga musnah teruk. China menyeru kedua-dua pihak yang berkonflik bersabar dan bertenang untuk mengelakkan situasi yang tidak terkawal dari berlaku.
Geng menekankan lagi bahawa China menyokong Setiausaha Agung PBB terus menjalankan usahanya untuk menggerakkan pihak-pihak terlibat berdialog dan bermesyuarat, mengambil tindakan sehaluan dan mengambil kira keprihatinan masaing-masing agar pengeksportan bijirin dan baja kimia Rusia dan Ukraine dipulihkan dengan seawal mungkin.