Gear Nasib Tidak Akan Berputar Secara Automatik

2023-07-28 16:40:13  CRI
Share with:

“Gear nasib mulai berputar” menjadi hashtag hangat di media sosial China baru-baru ini. Ini sebenarnya menunjukkan bahawa sesuatu hal yang kecil, tapi pada akhirnya membawa pengaruh yang luar biasa.

 

Misalnya “Pada April 2023, MARiA selesai rakaman program, berjalan seorang diri kembali ke hotel. Program itu belum disiarkan lagi pada masa itu, ia tidak tahu gear nasib sudah mulai berputar.”

 

Penyanyi Jepun, MARiA diundang menyertai satu live show siaran stesen TV China.

 

Sebelum ini, beliau tidaklah begitu popular di China, dan peminatnya pula hanya sekitar 100 ribu orang sahaja.

 

Tanpa disangka-sangka, setelah episod pertama programnya disiarkan, peminatnya terus mencanak dan mencapai angka 30 juta. Kejayaannya di China secara tidak langsung menarik media Jepun memberi tumpuan kepada MARiA.

 

Satu keputusan yang kecil mungkin membawa perubahan besar kepada nasib seseorang. Begitu juga bagi sebuah negara.

 

Pada lebih seratus tahun yang lalu, belasan orang berkumpul dalam sebuah kapal di tasik Nanhu, bandar Jiaxing, membincang menubuhkan Parti Komunis China.

 

Sama seperti MARiA, mereka juga tidak menyangka bahawa gear nasib seluruh negara China sudah mulai berputar. Melalui jalan yang diterokai oleh mereka, China berjuang melawan pencerobohan negara luar, mewujudkan kemerdekaan dan terus berkembang menjadi entiti ekonomi kedua terbesar di dunia buat masa ini.

 

Pada lebih 70 tahun yang lalu, ketika Republik Rakyat China baru ditubuhkan, perang tercetus di Semenanjung Korea, pesawat Amerika Syarikat mengebomkan bandar China menyeberangi sempadan, Armada No.7 memasuki Selat Taiwan.

 

Pada masa itu, sosioekonomi China perlu dipulihkan setelah mengalami perang cukup lama, manakala Amerika Syarikat merupakan negara yang paling kuat di dunia.

 

Dalam pucuk pimpinan baharu kerajaan China, terdapat ramai orang yang berpendapat China perlu lebih perlahan dan sabar dahulu supaya dapat menstabilkan situasi dalam negara.

 

Tapi, mendiang Pengerusi Mao Zedong memutuskan untuk menyokong Korea Utara, dan menghalau tentera Amerika Syarikat ke selatan sempadan negara itu.

 

Menurut Pengerusi Mao, sekiranya tentera Amerika Syarikat sudah berada di Korea Utara dan Selat Taiwan, ia boleh menceroboh China pada bila-bila masa dengan apa jua alasan.

 

“Bertinju sekali genggaman tangan, mengelakkan seratus genggaman tangan dari luar.” Itulah kata-kata beliau.

 

Gear nasib mulai berputar, gagah berani tentera China menghadapi “tentera sekutu PBB” di medan Semenanjung Korea menjamin keamanan dan kestabilan negara China selama puluhan tahun.

 

Pada lebih 30 tahun yang lalu, bekas pemimpin tertinggi China, Deng Xiaoping melawat ke bandar Shenzhen, menegaskan China mesti membuka pintu, melaksanakan pembaharuan, dan mengutamakan pembangunan ekonomi.

 

Gear nasib berputar lagi, ekonomi China mengekalkan pertumbuhan yang pesat, selain masyarakat kekal stabil dalam jangka panjang sejak itu.

 

10 tahun yang lalu, Presiden Xi Jinping mengemukakan konsep “komuniti berkongsi nasib sesama insan”. Pada masa itu dunia Barat tidak berpendapat bahawa ia satu sasaran yang pragmatik, sebab pengalaman perkembangan Barat penuh dengan rampasan dan jejasan kepentingan terhadap pihak lain.

 

Tapi selepas pandemik, krisis makanan dan tenaga global ekoran konflik geopolitik, risiko pencemaran laut berikutan pelepasan air tercemar nuklear dari Fukushima Jepun, dunia semakin faham kita merupakan sebuah komuniti berkongsi nasib.

 

Sebenarnya dari contoh perseorangan hingga perkembangan negara tersebut, kita mudah mendapati bahawa “gear nasib” ini tidak berputar secara automatik. Semua berkembangan seterus berdasarkan keputusan dan usaha yang kita buat.

 

Marilah kita berusaha untuk mencerahkan kehidupan setiap hari. Mungkin bermula hari ini, gear nasib saudara telah mulai berputar.