Gelagat Pegawai Kanan AS yang Sibuk Lawat Negara Pasifik Selatan, 'Perangkap Rekaannya'?

2023-07-28 15:18:42  CRI
Share with:

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken telah menghadiri majlis pembukaan kedutaan AS di Tonga pada Rabu. Ini merupakan kedutaan AS yang pertama yang beroperasi di negara itu sejak hubungan kedua-dua negara terjalin pada 51 tahun yang lalu. Pada hari yang sama, Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin menjalankan lawatan ke Papua New Guinea. Seterusnya, kedua-dua pegawai kanan tersebut akan bertolak ke Australia untuk mengadakan rundingan tahunan “2+2” dengan pihak tuan rumah.

Boleh dikatakan lawatan sampingan pegawai kanan AS ke negara Pasifik Selatan merupakan sebahagian strategi AS untuk terus memperhebat pengaruhnya di rantau Pasifik Selatan. Pada masa dua tahun yang lalu, AS giat mengembangkan sayapnya ke rantau Pasifik Selatan dengan dipacu oleh apa yang disebut 'strategi Indo-Pasifik'.

Situasi ini kelihatan amat berbeza dengan yang ditunjukkan pada puluhan tahun yang lalu. Selepas Perang Dunia Kedua berakhir, AS pernah menjadikan rantau Pasifik Selatan sebagai tapak ujian senjata nuklear dan tempat penyimpanan sisa nuklear. Tindakan seumpama itu dilaporkan menyebabkan kesihatan rakyat dan ekologi alam tempatan terjejas teruk. Selepas perang dingin berakhir kemudian, AS mulai mengurangkan bantuan ekonomi, menutup keduataan dan menarik balik sukarelawan dari rantau itu yang dilihat sudah kehilangan nilai strategik. Hubungan AS dengan negara Pasifik Selatan turut memasuki tempoh  'hibernat'.

Bila situasi itu berubah? Dalam tempoh belasan tahun lalu, China dan negara kepulauan Lautan Pasifik mula mengadakan kerjasama saling menguntungkan berdasarkan prinsip saling menghormati. Contohnya, China dan Solomon menjalinkan hubungan diplomatik pada tahun 2019, dan perdagangan dua hala pada tahun 2022 telah pun mencecah rekod USD498 juta (RM2.26 bilion), dengan eksport Solomon ke China menempati dua pertiga keseluruhan eksportnya.

Kerjasama yang saling menguntungkan tersebut, walaupun membawa keuntungan sebenar kepada penduduk tempatan, mencetuskan kebimbangan strategik AS. Negara Uncle Sam yang mempunyai mentaliti campur tolak (sama kalah), tiba-tiba mengubah sikap asalnya yang sombong dan abai, dan menunjukkan minat tebal terhadap negara Pasifik Selatan dengan meningkatkan kekerapan mengadakan lawatan dan menjanjikan bantuan dana dalam bilangan besar.

Washington Post menunjukkan bahawa tindakan AS di rantau Pasifik adalah untuk memulaukan dan menindas kehadiran dan kepentingan China serta menghalang dan menjejaskan kerjasama saling menguntungkan antara China dengan negara terlibat.

Berbanding dengan China yang mengalu-alukan semua usaha kerjasama yang berfaedah kepada pembangunan negara Pasifik Selatan, AS asyik mereka-reka apa yang disebut 'ancaman China', dan cuba memaksa negara Pasifik Selatan mengikuti jejaknya dalam pelaksanaan strategi.

Bagaimanapun, memang seperti yang dikatakan Presiden Solomon, Manasseh Sogavare bahawa kerjasama bersahabat dan saling menguntungkan dengan China adalah tidak terencat.