Muak Lagi Melihat AS Gembar-gemburkan “Perlumbaan Angksa Lepas” di Argentina

2023-07-30 16:21:34  CRI
Share with:

Pengarah Pentadbiran Penerbangan dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat (AS), Bill Nelson melawat Argentina pada Khamis, waktu tempatan. Pada sidang media yang diadakan di Buenos Aires, beliau menyenaraikan prestasi China dalam penyelidikan Bulan dan Mars, dengan menyatakan bahawa suatu "perlumbaan angkasa lepas" sedang diadakan antara Beijing dengan Washington. Ini sama dengan membawa perkataan yang penuh dengan mentaliti Perang Dingin ke Argentina, salah satu tumpuan penggiat kerjasama angkasa lepas. Maka, tak hairanlah media setempat menyifatkan lawatan Nelson "bermotifkan politik".

Bagaimanapun, ini bukanlah kali pertama pegawai kanan AS menggembar-gemburkan topik angkasa lepas di Argentina. Ketika mengunjungi Argentina pada Mac 2022, Markas Selatan (Southcom), Laura Richardson secara langsung memfitnah stesen penyelidikan angkasa kerjasama China-Argentina di Neuquen sebagai "kemudahan ketenteraan". Justeru menurut penganalisis, lawatan Nelson di Argentina sekarang ini dianggap bertujuan untuk mengadu domba hubungan China-Argentina dan menjejaskan kerjasama berkenaan.

Sebagai stesen penyelidikan angkasa jauh kendalian China yang pertama di seberang laut, Stesen Neuquen yang berorientasikan penerokaan dan penggunaan ruang angkasa secara damai antara satu sama lain mula beroperasi pada 2017. Kini, terdapat institusi teknologi dari sejumlah negara termasuk AS yang pernah menggunakan stesen yang terbuka untuk masyarakat antarabangsa itu, malah terdapat diplomat AS dan Kesatuan Eropah (EU) di Argentina yang pernah melakukan kunjungan untuk memastikan operasinya untuk kegunaan awam.

Menteri Inovasi Sains dan Teknologi Argentina, Daniel Filmus berkata pada Mac 2022, Stesen Penyelidikan Angkasa Jauh di Neuquen adalah kemudahan kerjasama pihaknya dengan Beijing bagi penyelidikan angkasa lepas dan kerjasama satelit, sama seperti stesen angkasa jauh yang ditubuhkannya berdasarkan kerjasama dengan EU seawal 2012. Kenapa Washington hanya menyasarkan stesen kerjasama China-Argentina? Ini bukankah amalan dwistandard yang tipikal?

China mempertahankan tujuan damai pada masa awal memacu pembangunan melibatkan angkasa lepas. Waktu menjalankan tugasan pada 2003, angkasawan pertama China Yang Liwei pernah menyatakan "Menggunakan angkasa lepas untuk tujuan damai bagi memanfaatkan umat manusia" dalam bahasa Inggeris, sambil mengangkat satu bendera Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Kini, stesen angkasa lepas kendalian China adalah terbuka untuk semua anggota PBB, mencerminkan hasrat negara Tembok Besar ini dalam meneroka angkasa lepas di sebalik perkataan fitnah yang bermacam-macam.