Tentera AS Curi Minyak, kata Media Syria

2023-07-31 13:47:45  CRI
Share with:

Agensi Berita Arab Syria (SANA) melaporkan bahawa tentera Amerika Syarikat (AS) masih terus mencuri minyak di negara itu.

Menuru laporan, sebanyak 45 lori tangki membawa minyak yang dicuri dari kawasan timur laut Syria, melalui sempadan haram Mahmoudiya, menuju ke pangkalan tentera AS di Iraq, pada 30 Julai.

Pada masa ini, tentera penempatan haram AS masih menduduki wilayah luas di timur laut Syria. Dalam pada itu, tentera AS bekerjasama dengan kumpulan bersenjata antikerajaan untuk mencuri sumber tenaga. Ini mengakibatkan bencana kemanusiaan di Syria menjadi lebih serius.