Hutang Negara AS Catat USD32.66 T
2023-08-01 14:22:17 CRI
Menurut data terkini Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), setakat 27 Julai, hutang kerajaan perseskutuan merekodkan USD32.65 trilion, meningkat 392.75 bilion berbanding bulan lepas.
Kumpulan pemikir dari AS, Institut Cato memberikan amaran bahawa jumlah hutang kerajaan persekutuan yang semakin meningkat akan menyekat pelaburan individu. Di samping itu, risiko berlakunya krisis kewangan akan bertambah, dan ia telah menjadi masalah "keselamatan negara".
Jumlah hutang negara AS dijangka akan melebihi USD50 trilion menjelang tahun 2030.