Sekurang-kurangnya 17 Maut Akibat Cuaca Panas di Korea Selatan

2023-08-01 12:38:03  CRI
Share with:

Menurut Agensi Berita Yonhap, sekurang-kurangnya 17 orang maut akibat cuaca panas di Korea Selatan pada hujung minggu lalu.

Agensi Berita Yonhap memetik jabatan bomba negara itu sebagai berkata bahawa kebanyakan mangsa adalah warga emas, dan kebanyakan mereka meninggal ketika bercucuk tanam di ladang.

Menurut jangkaan jabatan meteorologi, cuaca panas akan berterusan sehingga awal Ogos.