Mengapa Hidup di China Selamat?

2023-08-01 17:17:32  CRI
Share with:

Duta Besar Switzerland ke China, Jürg Burri kelmarin menaiki penerbangan AIR CHINA menuju ke Ulaanbaata, ibu kota Mongolia untuk mengadakan lawatan.

 

Setibanya di lokasi, beliau tersedar yang dompetnya tertinggal di dalam pesawat.

 

Lantas, beliau terus cuba menghubungi AIR CHINA. Tanpa disangka-sangka, dompetnya dihantar balik dalam tempoh kurang satu jam!

 

Kerana tidak dapat membayangkan ‘keajaiban’ itu, beliau seterusnya memuat naik gambar seraya memegang dompetnya di akaun media sosial.

 

Ya, keselamatan masyarakat China memang di luar bayangan ramai pelancong asing.

 

Marcel Münch, seorang pelabur dari Jerman juga sama mengongsikan pengalaman yang mengejutkannya di Shenzhen, China di akaun Twitternya pada bulan lalu.

 

Beliau duduk dalam satu kedai kopi di pusat bandar, di sebelahnya ada seorang gadis China sedang menuruskan hal-ehwal dengan menggunakan komputer riba. Seterusnya ia langsung keluar, tidak meminta sesiapa pun untuk memperhatikan komputer riba dan beg Christin Dior yang diletakkan di sana, sehinggalah dia balik kira-kira 30 minit kemudian.

 

Münch mempersoalkan kepada netizen dari seluruh dunia, adakah di negara anda boleh melakukan perkara sedemikian di tempat duduk sendiri di tempat awam?

 

Rata-rata dalam ruangan komen di bawah hantarannya memuji keselamatan masyarakat China dengan pengalaman diri.

 

Ya, ini juga bukan bermakna di China tiada jenayah lagi.

 

Tapi menurut beberapa indeks yang diumumkan oleh pelbagai pertubuhan antarabangsa, China memang antara negara yang paling selamat dan aman di dunia. Misalnya, “Safety Index by Country 2023” yang dikemukakan oleh Numbeo.com, China  berada di kedudukan ke-19, berbanding Britain yang menduduki No. 77 dan Amerika Syarikat yang menduduki No.88.

 

Keselamatan masyarakat secara tidak langsung memperlihatkan tahap pentadbiran kerajaan, kebebasan dan hak asasi manusia para penduduk.

 

Lebih 2000 tahun yang lalu, buku klasik Konfusium《礼记》(Catatan Adat Resamsudah mengajar orang China: “谋闭而不兴,盗窃乱贼而不作,故外户而不闭。是谓大同。”Maksudnya tiada orang berniat jahat, tiada orang nak menjadi pencuri atau perusuh, pintu rumah tidak perlu tertutup, itulah dunia maha harmoni.” 

 

Dunia yang maha harmoni sering menjadi sasaran perjuangan orang China. Pada zaman ini, ia dipanggil “Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan”.

 

Pada zaman ini, perkembangan teknologi keselamatan juga banyak membantu menurunkan kadar jenayah di China.

 

Sebenarnya, terdapat juga netizen China yang telah menjawab di bawah hantaran Marcel Münch bahawa dengan adanya sistem “Skynet” berasaskan data raya, AI, CCTV dan teknologi yang lain, orang yang mencuri komputer riba dan beg Christin Dior itu akan cepat ditangkap.

 

Budaya “maha harmoni” telah mengajar orang China jangan berjenayah, manakala teknologi terkini telah merencatkan orang jahat daripada berani melakukan jenayah.