'Tafsiran AS', Penipuan untuk Kelirukan Khalayak Ramai

2023-08-01 16:01:26  CRI
Share with:

Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan "Akta Perpaduan Antarabangsa Taiwan" baru-baru ini. Menurut akta itu, resolusi 2758 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) "hanya mengiktiraf kerajaan Republik Rakyat China (PRC) sebagai satu-satunya wakil yang sah bagi China di PBB, tidak menyentuh isu perwakilan Taiwan di PBB, serta tidak memberikan pendirian tentang hubungan antara PRC dengan Taiwan".

Akta yang menyalahtafsirkan resolusi PBB tersebut adalah penipuan AS untuk mengelirukan khalayak ramai.

Resolusi 2758 memutuskan untuk memulihkan kesemua hak PRC dan mengusir wakil Taiwan yang haram dengan serta merta.

Menurut resolusi itu, kerajaan PRC merupakan satu-satunya kerajaan sah China di PBB, dan tiada apa yang disebut 'dua China' atau 'satu China satu Taiwan'. Resolusi tersebut menyelesaikan dengan sepenuhnya isu perwakilan seluruh China termasuk Taiwan di PBB dari segi politik, undang-undang dan prosedur.

Beberapa dokumen undang-undang antarabangsa termasuk Perisytiharan Kaherah dan Pengumuman Potsdam telah mengesahkan kedaulatan China terhadap Taiwan. Sebagai sebahagian wilayah China, Taiwan tidak patut dikatakan secara berasingan.

Memprovokasi resolusi 2758 PBB merupakan bahagian dalam langkah-langkah AS yang membuat sejarah palsu dan memanipulasi pendapat umum pada beberapa tahun kebelakangan ini. Prinsip satu China merupakan konsensus masyarakat antarabangsa. AS mencabar prinsip satu China dengan menggunakan akta dalam negeri adalah mencabar order antarabansa pasca perang, mencabar konsensus masyarakat antarabangsa serta prinsip undang-undang antarabangsa dan norma asas hubungan antarabangsa. Tindakan itu membuktikan AS merupakan pengacau yang paling besar bagi order antarabangsa.

Taiwan merupakan sebahagian wilayah China dan negara-negara lain tidak berhak untuk menjadi hakim dalam isu itu. Resolusi 2758 PBB hanya mempunyai satu edisi dan tiada 'tafsiran AS'. AS mengelirukan orang ramai menggunakan resolusi itu sebenarnya adalah merosakkan order antarabangsa pasca perang serta kedaulatan dan keutuhan wilayah China. Langkah AS tersebut nescaya tidak akan diterima oleh rakyat China malah mengundang bantahan masyarakat antarabangsa.