Berganding Bahu Atasi Banjir

2023-08-02 15:26:11  CRI
Share with:

Susulan berlakunya Taufan Doksuri, Beijing turut menerima tempiasnya apabila hujan lebat melanda kami pada minggu ini.

 

‘Lebat’ dalam konteks ini adalah, jumlah hujan yang turun untuk satu hari sahaja telah melebihi jumlah keseluruhan pada tahun lalu, dan hujan lebat ini berlarutan lebih 60 jam. Sejak adanya cataran pengukuran jumlah hujan di Beijing pada 1883, jumlah hujan kali ini telah menjadi yang paling banyak dalam 140 tahun kebelakangan ini.

 

Ini sekali gus mengakibatkan banjir melanda kawasan dekat penggunungan di bahagian barat Beijing.

 

Kemudian, air dari arus sungai membanjiri provinsi Hebei di hilir ditambah lagi dengan hujan lebat mengakibatkan situasi semakin memburuk pada beberapa hari ini.

 

Untuk menjamin keselamatan lebih ramai penduduk, selain menggunakan empangan supaya menghalang banjir, kerajaan tempatan juga terpaksa memutuskan untuk mengaktifkan beberapa kawasan lembangan kawalan banjir, dan lebih 847 ribu penduduk tempatan pula dipindahkan ke tempat yang selamat.

 

Antaranya termasuk kaunti Xian, bandar Cangzhou yang seluas lebih 300 kilometer persegi dan melibatkan 48 kampung dengan lebih 70 ribu penduduk.

 

Menyampaikan penghormatan tertinggi kepada para penduduk di kaunti Xian dan beberapa kawasan lembangan kawalan banjir. Mereka meninggalkan rumah dan ladang dalam banjir, untuk menjamin keselamatan lebih ramai orang dan mengurangkan kerugian harta masyarakat yang lebih besar.

 

Seperti di Malaysia, banjir juga kerap kali berlaku di China. Manakala kaunti Xian telah ditetapkan sebagai kawasan lembangan kawalan banjir sekiranya berlaku bencara dahsyat.

 

Berdasarkan catatan sejarah kawasan ini diaktifkan sebanyak 67 kali untuk mengatasi masalah banjir sejak 1881 hingga 1949. Kira-kira setiap dua tahun akan kebanjiran secara aktif.

 

Setelah penubuhan Republik Rakyat China, dengan perkembangan sosioekonomi dan infrastruktur, kawasan lembangan kawalan banjir kaunti Xian hanya diaktifkan empat kali, iaitu pada 1954, 1956,1963, dan 1996.

 

Bagaimanapun, kerajaan dan penduduk tempatan sentiasa bersiap untuk menghadapi banjir. Pada bulan lalu, latihan pemindahan cemas baru diadakan di kaunti itu supaya melengkapi sistem kecemasan.

 

Ketika kerajaan provinsi Hebei terpaksa mengaktifkan kawasan lembangan kawalan banjir kaunti Xian pada pukul 11 pagi semalam, kerajaan dan masyarakat pelbagai peringkat segera beroperasi pada malam 31 Julai, menghantar 45 buah bas dan 60 lori untuk memindahkan penduduk dan harta yang diperlukan.

 

Kem penempatan pula telah menyediakan makanan, minuman dan jaminan kesihatan yang lengkap untuk keperluan para penduduk.

 

Setelah keputusan mengaktifkan beberapa kawasan lembangan kawalan banjir diumumkan, netizen dari seluruh negara telah menyampaikan penghormatan dengan korban penduduk tempatan dan yakin kerajaan akan menyediakan ganti rugi untuk menghargai semangat mereka yang sudi mengorbankan kepentingan diri untuk menjamin kepentingan lebih ramai.

 

Itulah semangat yang selalu disanjung tinggi oleh rakyat China dan juga memperlihatkan usaha orang China bersatu padu mengatasi cabaran cemas sejak ribuan tahun.

 

Pelbagai negara ada legenda mengenai banjir.

 

Menurut catatan di China, banjir melanda pada kira-kira 4000 tahun yang lalu. Raja Yu membawa nenek moyang orang China menggunakan masa selama 13 tahun untuk melengkapi sistem irigasi, akhirnya mengalirkan banjir ke laut.

 

Dalam proses itu, tentulah banyak kepentingan pribadi Raja Yu dan penduduk yang ikut serta dalam projek irigasi terkorban.

 

Tapi, akhirnya banjir diatasi, lebih ramai penduduk di seluruh China terselamat.

 

Bagi mereka yang masih terkandas oleh banjir, silalah mempertahankan sebentar lagi, cuaca sedang membaik dan pasukan-pasukan penyelamat dari seluruh negara telah datang. Kita belum mampu mengawal bencana alam, tapi kita mampu berganding bahu untuk mengatasinya.