China Disebut di 31 Muka Surat, Apakah Niat Kertas Putih Jepun?

2023-08-02 13:24:10  CRI
Share with:

Kerajaan Jepun baru-baru ini meluluskan Kertas Putih Pertahanan 2023, mendakwa bahawa Jepun sedang "menghadapi persekitaran jaminan keselamatan yang paling teruk dan rumit pasca perang", dan menyifatkan China sebagai "cabaran strategik terbesar yang tidak wujud pada masa dahulu".

Ketika menganalisis situasi ketenteraan di pelbagai negara, kertas putih setebal lebih 500 muka itu menggunakan 31 muka untuk menghuraikan situasi di China. Beberapa media Jepun menganggap bahawa perkataan yang digunakan untuk membesar-besarkan "ancaman China" dalam kertas putih edisi terkini itu lebih keras berbanding tahun lalu.

Mengenai isu berkaitan China, Kertas Putih Pertahanan 2023 Jepun meneruskan nada lama apa yang disebut "ancaman China" dan membesar-besarkannya dalam kombinasi dengan penilaian persekitaran keselamatan baharu. Dalam kertas putih itu, perkataan berkaitan seperti "persekutuan Jepun-Amerika Syarikat (AS)" sering ditemui.

Tiga dokumen pertahanan keselamatan Jepun yang diluluskan pada penghujung tahun lalu adalah ditetapkan selaras dengan dasar AS. Di bawah panduan tiga dokumen itu, kertas putih pertahanan tersebut berkhidmat sepenuhnya terhadap dasar keselamatan AS terhadap Asia Timur, memburuk-burukkan dan menggembar-gemburkan pembinaan dan pembangunan ketenteraan China yang normal, selain mencampuri hal ehwal dalaman China menggunakan isu Taiwan.

Bagi kabinet Kishida, memperbesar-besarkan ancaman luar melalui kertas putih pertahanan turut mempunyai pertimbangan untuk mengalihkan perhatian orang ramai dan memperkukuh sokongan kepadanya. Kadar sokongan kerajaan Kishida merudum baru-baru ini kerana tindak balas yang tidak berkesan menangani kenaikan harga.

Daripada pengabaian prinsip "pertahanan eksklusif" dalam tiga dokumen pertahanan keselamatan, kepada kertas putih pertahanan terbaharu yang membesar-besarkan ancaman jiran, mengumumkan peningkatan belanjawan pertahanan, dan membangunkan keupayaan serangan jarak jauh, pelbagai tindakan bahaya Jepun menimbulkan kebimbangan serius dan kewaspadaan tinggi daripada masyarakat antarabangsa.