Kereta Api Buatan China Tiba di Laos

2023-08-03 14:42:14  CRI
Share with:

Dua lokomotif enjin pembakaran dalam kuasa tinggi model HXN3 yang direka bentuk dan dibangunkan khusus untuk kereta api China-Laos dihantar tiba di pelabuhan Mohan, Laos baru-baru ini.

Lokomotif yang dikeluarkan oleh China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) syarikat Dalian itu akan digunakan di laluan seksyen Mohan-Vientiane.

Kedua-dua lokomotif tersebut dipercayai akan membantu mengurangkan kekangan kapasiti pengangkutan muatan besar di bahagian Laos, sekali gus meningkatkan keupayaan pengangkutan laluan kereta api itu.