23 Maut Akibat Cuaca Panas di Korea Selatan

2023-08-03 12:47:04  CRI
Share with:

Sekurang-kurangnya 23 orang maut akibat cuaca panas di Korea Selatan pada musim panas tahun ini, iaitu pada 20 Mei hingga 1 Ogos, menurut statistik terkini jabatan bomba Korea Selatan pada 2 Ogos.  Pada perkembangan berkaitan, Kementerian Pentadbiran dan Keselamatan Korea Selatan menaikkan tahap amaran suhu tinggi daripada tahap "berjaga-jaga" kepada tahap "serius" pada pukul 6.00 1 Ogos, di samping menggerakkan tindak balas kecemasan peringkat I bagi Ibu Pejabat Pencegahan Bencana Pusat. Ini kali pertama Korea Selatan mengeluarkan amaran suhu tinggi tahap "serius" pada tahun ini. Kali terakhir pihak berkuasa Korea Selatan menaikkan tahap amaran suhu tinggi ke "serius" adalah pada 2019. Menurut ramalan Pentadbiran Meteorologi negara itu pula, suhu tinggi dan cuaca panas akan berterusan.