Lebih 20 Askar AS Ditahan Terlibat Kes Dadah

2023-08-04 13:20:43  CRI
Share with:

Lebih 20 anggota tentera Amerika Syarikat (AS) ditahan di Korea Selatan kerana disyaki terlibat dalam penyeludupan, penjualan dan penggunaan dadah.

Menurut laporan media Korea Selatan pada 3 Ogos, banyak kes berkaitan dadah berlalu di pasukan tentera AS yang ditempatkan di Korea Selatan baru-baru ini.

Seorang pegawai polis Korea Selatan menyatakan bahawa kes-kes berkaitan melibatkan kastam dan tentera AS, dan amat rumit. Polis enggan memberikan butiran lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

Selama bertahun-tahun, pasukan tentera AS yang ditempatkan di Korea Selatan sering dikaitan dengan serangan seksual, mabuk dan penggunaan dadah, menimbulkan ketidakpuasan kuat dalam kalangan rakyat Korea Selatan.